Dato Maharaja Lela Pandak Lam (died on 20 January 1877) was a Malay nationalist from Perak.
A descendant of Daeng Salili, Pandak Lam was the son of a Bugis King from Luwuk District, Sulawesi. During the reign of Sultan Muzaffar Shah III, he came to Perak and was appointed Mufti and was awarded the title "Dato 'Maharaja Lela Tan Lela", granting him the authority to punish by decapitation without question.
Pandak Lam was a leader who later led the struggle against the British in Perak. Together with other leaders such as Dato 'Sagor and Ngah Kandin, he planned an alliance to assassinate James Wheller Woodford Birch (J.W.W. Birch), the British Resident of Perak. The decision was approved by Durian Sebatang meeting chaired by Sultan Abdullah on 21 July 1875.
Birch was killed on 2 November 1875 Dato Maharaja Lela and his assistant Sepuntum, who speared him to death while he was taking his bath, nearby a river, in Pasir Salak, near today's Teluk Intan (Teluk Anson).
To those historians, Dato' Maharajalela is generally celebrated as a folk hero, due to his substantial contribution and seen to be a symbol of the Malay resistance against British colonialism.
In the aftermath of the event, the administration shifted to Taiping. Sultan Abdullah was deposed and sent to exile in Seychelles.
Dato Maharajalela was found guilty for the murder of Birch by the presiding court from 14 December until 22 December 1876 in Matang, Perak. He was sentenced to death by hanging on 20 January 1877 in Taiping.
The terms 'maharajalela' (in Malay_language) and 'merajalela' (in Indonesian_language) stems from his name to describe uncontrollable actions or phenomenon.
...........................
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan DatoĆ¢?? Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa DatoĆ¢?? Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Peristiwa perjuangan
Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.
Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telah mengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lela telah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWW Birch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharan tersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birch untuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkan kemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut ( .... bapa mertua Dato Maharaja Lela) telah membunuh Mat Arshad dan seterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWW Birch dan askarnya. Melalui serangan tersebut JWW Birch telah ditetak Si Puntung (orang suruhan Dato' Maharaja Lela yang di percayai orang asli).
Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lela berjaya ditangkap oleh British. Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 kerana merancang pembunuhan tersebut.
.................
Rumah Dato Maharaja Lela terbiar
http://www.cikgusyahir.com/2011/09/rumah-datuk-maharaja-lela-terbiar.html
..................
Sejarah Perak - Maharaja Lela
Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negara Perak yang berdaulat.
Dia dibunuh pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum, seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak. Birch dibunuh kerana kurang ajar terhadap orang Melayu, raja Melayu (Sultan Abdullah) dan adat Melayu termasuk juga agama Islam. Namun Maharajalela ditangkap dan dibunuh akibat dikhianati oleh bangsanya sendiri yang bersekongkol dengan British waktu itu.
.........................
Fakta Ringkas : Dato' Sagor |
Sultan Abdullah dengan Dato' Maharaja Lela di sebelah kiri dan Dato' Sagor di sebelah kanan (dengan sundang di tangannya)
- Dato' Sagor ialah salah seorang daripada Orang Besar Delapan Perak.
- Gelaran penuh ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar DiRaja.
- Nama sebenarnya ialah Ngah Kamdin bin Radin Lope, keturunan Bugis yang berdarjat Daeng.
- Isterinya bernama Toh Lipat.
- Ngah Kamdin adalah bapa saudara kepada Menteri Ngah Ibrahim.
- Dilahirkan di Kampong Gajah dan berhijrah ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah bersama Ngah Ibrahim.
- Beliau dikurnia gelaran Dato' Sagor oleh Sultan Jaafar (Sultan Perak ke-23).
- Mengikut Perlembagaan Perak, Dato' Sagor memerintah wilayah tebing Sungai Perak dari Kampong Gajah ke Pulau Tiga.
- Kuasanya ialah mengawal hal ehwal istana, pembinaan istana dan kapal-kapal yang dinaiki oleh Sultan.
- Dato' Sagor tergolong dalam kelima-lima hulubalang Negeri Perak termasuk Seri Adika Raja, Panglima Kinta, Panglima Bukit Gantang dan Dato' Maharaja Lela (R.J. Wilkinson, "Papers on Malay Subjects").
- Menandatangani Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan Sultan, Pembesar-Pembesar Perak dan British di atas kapal HMS Pluto pada tahun 10 Januari 1874.
- Mesyuarat di Durian Sebatang pada 28 Oktober 1875 mencapai keputusan bahawa JWW Birch, Residen British Perak yang pertama akan dibunuh apabila tiba di Pasir Salak.
- Dato' Sagor menolak arahan membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kampong Gajah untuk mengibarkan bendera British di puncak bukit itu dan membina balai.
- Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela mengetuai misi membunuh JWW Birch yang mandi di Sungai Perak berdekatan Pasir Salak pada tahun 1875.
- Dato' Sagor dihukum dan digantung sampai mati bersama Dato' Maharaja Lela dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877.
Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch (Raja Chulan di atas ribanya), Dato' Laksamana, Swettenham dan Dato' Syahbandar. Dato' Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di Bandar Bahru pada 1875.
sumber...
http://www.amir-hamidi.name.my/layar.php?mukasurat=kenali_perak&info=dato_sagor&bahasa=my
....................
No comments:
Post a Comment