Saturday, February 4, 2012

Lagi kisah keturunan Bugis...

Share dari sumber....
http://portalbugis.wordpress.com/about-m/manusia-bugis-rantau-budayanya/sejarah-bugis-di-malaysia/




Salasilah Keturunan BUGIS di Malaysia

Salasilah Keturunan DAENG CHELAK
Salasilah Kesultanan Selangor
Sultan Salehuddin (Raja Lumu – 1742-1778)
Sultan Ibrahim (1778-1826)
Sultan Muhamad (1826-1857) dan kesultanan Selangor seterusnya.
Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana  mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah  Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.

Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.

Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.

Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana.  Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.


Response received to above .....

Khaz64 berkata

Juli 17, 2009 pada 7:08 am
Sebenarnya, kesultanan Selangor itu, ada kaitannya dengan Bugis di Perak. Malah, ada cerita yang menyatakan, Daeng Chelak terpaksa terlebih dahulu memohon restu dari seorang Raja Besar Bugis, yang pada waktu itu berada di Perak, sebelum mengangkat anaknya menjadi Sultan di Selangor. Dan sememangnya, pada waktu itu, La MadduKelleng@Arung Peneki@Arung Singkang berada di Perak menggunakan nama yang lain.

Walaupun versi sejarah menyatakan Raja Lumu datang ke Perak untuk dinobatkan oleh Sultan Perak atas darah Kesultanan Melakanya, saya merasa kurang yakin kerana mana mungkin seorang Raja Bugis merasakan perlu untuk dinobatkan oleh seorang Sultan berdarah Raja Melaka?



Rashid Al Bugisi berkata

November 6, 2009 pada 3:42 am
Merujuk kepada komentarku kelmarin ada sedikit pembetulan yang sebenarnya raja perak telah mengundang raja Lumu seperti sedia maklum bahawa raja lumu adalah dari keturunan kerajaan luwuk Makassar sudah tetntu dia berdaulat maka segala persiapan diaraja dipersembahkan bagi menyaksikan dan memastikan kedaulatan anak raja bugis ini adakah benar benar raja.



Ungku Aryssa Sofia
2hb Disember 2010

Apabila indonesia diserang Belanda, Opu 5 beradik lari ke tanah melayu dan bersemenda dengan Raja-Raja Melayu untuk mengisi tampuk pemerintahan yang wujud sejak nabi Ibrahim AS ketika itu dipanggil tanah jawi . Sifat kepahlawanan Raja Melayu tidaklah sehebat Bugis 5 bersaudara tetapi daulatnya tinggi dari Opu 5 beradik. Kerana itu Bugis bertapak ditanah Melayu dan Pada zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu, Kerajaan Majapahit menghadiahkan Daeng Mempawah kepada Sultan Mansur Shah sebagai hulubalang Melaka dan bermulalah puak bugis dan Raja Melayu bersemenda dan memperkukuhkan tampuk Kerajaan Raja-Raja Melayu. Sungguhpun bugis hebat dengan darah kepahlawannya tetapi beliau tetap mengambil daulat daripada Raja-Raja Melayu sehingga Daeng Perani meninggal (mati) di negeri kedah sewaktu bersembahyang, ditikam dari belakang oleh Raja Kecil Siak yang berketurunan Minang.. "Tikam belakang rupanya ye". Itulah keturunan minangkabau yang tidak gentlemen sehinggakan org jawa pun ditipu olehnya apabila melagakan kerbau dgn anak lembu... itulah minangkabau yang berasal dari menangkerbau... "Jgn marah ye org minang, ini sejarah". Kedaulatan Raja-Raja Melayu juga diiktiraf oleh palembang dan terwujudlah sungai melayu dinegeri itu dan gunung himalaya itu bermaksud Ma-La-Yu dlm bahasa sanskrit. Maka wujudlah satu kerajaan yang kuat dan memerintah sehingga ke hari ini iaitu Raja Melayu-Bugis.




.................




~ Bugis hidup berakal nekad
~ Bertarung nyawa membela adat
~ Pantang dicabar jangan disekat
~ Terus berjuang capai matlamat



......





No comments: