Saturday, February 4, 2012

Kenali... Daeng Selili

Terbaca lagi...dari forum..




Topik ini memanag menarik, ramai anak cucu-cicit Daeng Selili tak kenal lagi siapa sebenornya beliau ini. Ketokohannya lebih lagi dari apa yang mereka tahu dari sejarah Negeri Perak. Fakta sebenar banyak yang tidak diceritakan olih itu sejarah Negeri Perak banyak tidak betul. Buku-buku yang ditulis sekarang ini tidak ada nilai lagi bila dibandingkan dengan fakta sebenar didalam Lontara Sukunna Wajo'. 


Daeng Selili mempunyai empat orang isteri, Raja Su atau Raja Siti adalah isteri yang bongsu, isteri pertama berasal dari Puteri Kutai dan kedua juga ketiga berasal dari Puteri-puteri Wajo'. Anak dari dari Raja Su ramai, bukan Daeng Usman sahaja, anak yang sulong pernah menjadi orang besar empat iaitu Daeng Mustafa, keturunannya maseh ramai diKampong Kepayang Sungai Raya, Perak. Hanya Raja diHilir, Raja Ikram sahaja yang tahu dan pernah datang berziarah agar keturunan yang tua dari Daeng Mustafa mengambil semula gelaran Dato' Maharaja Lela tapi beliau tidak mahu atas alasan keturunan Daeng Selili bukan untuk dijadikan HAMBA tapi pembesar yang dihormati berbanding dengan jawatan semasa Daeng Selili dahulu.


Nanti kita sambung lagi tentang asal usul Daeng Selili, bukan dari Luwu'.




....



Memang sukar untuk mempercayai bahawa Daeng Selili berasal dari Wajo' kerana selama ini anak cucu cicitnya percaya bahawa beliau berasala dari Luwu' dan sejarah telah tertulis diPerak. 

Sambungan:

Kenapa Daeng Selili memakai nama samaran sedangkan beliau adalah seorang Raja diPasir, Kutai dan kemudian dipanggil semula ke Wajo untuk menjadi Arung Matoa Wajo' dan menentang Belanda. Beliau terkenal sebagai bapa kemerdekaan bagi Bangsa Bugis Wajo'. Beliau dipanggil Arung Singkang, Sultan Pasir, Belanda cukup gerun dengan beliau kerana Belanda tidak pernah menang berperang dengan tentera Wajo' dibawah pimpinan Beliau. Indonesia mengiktirafkan beliau sebagai pejuang kemerdekaan dan nama beliau tercatit dalam sejarah Indonesia.
Sayang cucu-cicitnya ramai tidak tahu tentang perjuang beliau.  



Sambung:

Daftar raja Wajo
La Tenri Bali Batara Wajo I 
La Mataesso Batara Wajo II 
La Pateddungi to Samanglangi Batara Wajo III 
La Palewo To Palippu (1471-1478) 
SettiariWare (1478-1483) 
La Tenri Umpu To Langi (1483-1486) 
La Tadampare Puangrimaggalatung (1486-1516) 
Masa antar-pemerintahan (1516-1519) 
La Tenri Pakado To Nampe (1519-1530) 
La Malagenni (1530-1539) 
La tematonga (1539-1541) 
Togia (1541-1546) 
La Mappampuli To Appamadeng Lotjie (1546-1561) 
Lapakoko To Pabela (1561-1564) 
La Mungkace To Uddamang (1564-1604) 
La Sangkuru Patau Mulajaji Sultan Abdurahman (1604-1607) 
La Mapepulu (1607-1610) 
La Samalewa To Ampakiu (1610-1615) 
La Pakallongi To Ali (1615-1620 
To Pasawungi (1620-1623) 
Lapakalongi To Ali (1623-1631) (masa jabatan kedua) 
To Udama (1631-1633) 
La Isigadjang To Bunne (1633-1644) 
To Panamui (1644-16??) 
La Palali To Malu (1670-1675) 
La Pariusi Daeng Manyapa Aru Mampu Aru Amali (1675-1697) 
La Tenri Sessu Tomo Puana Sodadie (1697-1699) 
La Matona Tosarka Puana Larumpang (1699-1700) 
La Galigo To Sunnia MPelaiengi Barugana (1700-1709) 
La Warrupuna Sangatji (1709-1713) 
La Salewangeng To Tenrirua Aru Kampori (1713-1735) 
La MadduKelleng Aru Sengkang (1735-1754)   
....(?) 
Aru Barange (1774-17??) 
....(?) 
Aru Akadjang (18??-1846) 
Masa antar-pemerintahan (1846-1860) 
[[La Tjintjing Akil Ali (1860-....) 
Ishak Manggabarani Karaeng Mangeppe 
La Tenri O'dang atau Odang, Aru Matowa dari Wajo 22 Desember 1926-14 Januari 1933), 
Haji Andi Mangkona Datu Marioriwawo, Aru Matowa dari Wajo 23 April 1933, turun takhta pada 21 November 1949




sumber "
http://keluargabugis.great-forum.com/t11-silsilah-daeng-selili#






.......................

No comments: