The gift of knowledge and understanding can never be substitute for the Thinker and the Reader becomes the Intellectual.
Saturday, February 4, 2012
More info..on Daeng..
Originally posted by: kuzairi
Haji Besar Daeng Salili merupakan seorang bangsawan Bugis yang diberi jawatan Orang Besar yang bergelar Seri Maharajalela oleh Sultan Perak ke-13, DYMM Sultan Muzaffar Shah III (Marhum Haji Allah). Baginda juga turut mengahwinkan Daeng Salili dengan adinda baginda iaitu YAM Raja Tengah bt. Raja Mansur (Yang Dipertuan Muda Pulau Tiga). Menurut N.A Halim dalam bukunya Sejarah Perak, terbitan Muzium Negara Malaysia, Daeng Salili ini bergelar Seri Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya iaitu mempunyai kuasa yang paling tinggi sekali daripada sekalian kuasa yang ada pada Orang-orang Besar ketika itu. Kuasa itu membolehkan beliau menghukum atau memancung sesiapa sahaja yang bersabitkan dengan kesalahan membunuh dengan tidak perlu membawa perkara itu kepada pengetahuan Sultan Perak.
Saya cuma sampaikan apa yang diwarisi dan bukan dari kajian saya. Tidak sedikit pon saya mengubah apa yang saya terima. Dengan ditidak mengubah apa-apa sahaja adalah jalan untuk membersihkan dan memastikan keturunan kami benar bersih dan asli. Zaman sekarang saya lihat nama Daeng Selili banyak dipermainkan oleh beberapa pihak hanya untuk menguatkan keturunan mereka demi mendapatkan jawatan. Banyak catatan baru tercemar dgn campur aduk keturunan lain yang tidak ada kaitan. Ada juga pihak dari keturunan lain yang mengaku keturunan Daeng Selili termasuk dari keturunan anak angkat.
Untuk pengetahuan saudara kuzairi,Daeng, Upu mempunyai perbezaan dan masih tetap bukan keturunan Raja Bugis. Upu atau Opu ialah jawatan yang diibaratkan Parlimen, Adun dan dipilih kerana untuk memegang sesuatu jawatan dalam ekonomi negara.
Manakala daeng sudah diterangkan oleh saudara Dr Hamzani Salleh dibawah.
..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment